Thursday 20 October 2016

PERANAN PERTUBUHAN PELADANG

Pertubuhan Peladang Kawasan bukannya satu institusi yang berorientasikan perniagaan semata-mata, malah peranan sebenar Pertubuhan Peladang Kawasan  ialah untuk memajukan ahli-ahli melalui perkhidmatan dan perniagaan dengan mengamalkan 3 teras prinsip utama iaitu Prinsip Koperasi, Prinsip Perniagaan dan Prinsip Perkhidmatan. Skop perkhidmatan Pertubuhan Peladang Kawasan adalah dengan ahli-ahli sahaja sebagaimana mengikut Perkara 8 Perlembagaan Pertubuhan Peladang.

Secara umumnya peranan Pertubuhan Peladang Kawasan adalah seperti berikut :
  • Meningkatkan daya pengeluaran melalui penyediaan perkhidmatan
  • Meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian yang pesat menerusi usaha penyusunan semula pertanian.
  • Meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan PPK.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti penghidupan peladang.
  • Mengimbangkan pembangunan sektor perladangan dan perindustrian menerusi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.

No comments:

Post a Comment