Thursday 20 October 2016

LATAR BELAKANG PERTUBUHAN

      Sejajar dengan usaha kerajaan bagi menggalakkan Usahawan Bumiputera bergiat aktif dan merebut peluang di dalam projek-projek pembangunan negara, maka pada 14hb April 1982 tertubuhlah sebuah syarikat yang dinamakan PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN SRI MEDAN BATU PAHAT, JOHOR. Iaitu syarikat milik bumiputera sepenuhnya. Pertubuhan tersebut dianggotai oleh Ahli Jemaah Pengarah serta kakitangan professional dan separuh professional yang berpengalaman luas dalam projek-projek pembinaan bangunan.

     pada 27hb Julai 2001, PPK Sri Medan merupakan Pertubuhan Peladang Kawasan yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM 221, 736.00 dan RM 500,000.00 modal dibenarkan dan telah didaftar sebagai Kontraktor Kerja Pust Khidmat Kontraktor (PPK) dalam Kelas 'F' bertaraf Bumiputera serta berdaftar dengan Lembaga Pertubuhan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G1 pada 2hb Oktober 2001. 


No comments:

Post a Comment